Sunday, August 14, 2016

LATAR BELAKANG


LATAR BELAKANG PD KAMPUNG TERSUSUN






Perpustakaan Desa Kampung Tersusun terletak di dalam kawasan perkampungan yang berdekatan dengan pekan Padang Besar.Bangunan ini mula dibina pada tahun 2007.Perpustakaan ini terletak bersebelahan dengan taman mainan dan berhadapan dengan dewan orang ramai.Segala kelengkapan seperti bahan bcaan buku,bahan rujukan,surat khabar,majalah dan penggunaan internet dengan percuma disediakan kepada pengguna


PEMBUKAAN RASMI

Pembukaan mula beroperasi pada 3 julai 2007 dan tarikh rasmi ialah padaa 29 Julai 2007 bersamaan 14 Rejab 1428H yang telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Shahidan Bin Kassim menteri besar pada ketika itu.


LATAR BELAKANG LOKASI

Kampung Tersusun adalah sebuah kampung kecil yang berhampiran dengan pekan Padang  Besar Utara Perlis yang bersempadan dengan Negara Thailand lebih kurang 4 kilometer perjalanan.Kampungnya terbentuk terancang seperti tanah Rancangan Felda.Kepadatan penduduknya tidak terlalu ramai, kebanyakan berasal dari kampung berhampiran sahaja dan dari Negara Thailand kerana berpindah setelah berkahwin dengan penduduk disini.




KATA ALUAN


KATA ALUAN

Assalamualaikum WBT.

Blog ini di bina bertujuan sebagai tempat atau saluran yang betul bagi memaparkan segala aktiviti-aktiviti mahupun program yang sentiasa diadakan di PD Kg Tersusun.
Blog PD Kg Tersusun ini akan sentiasa dikemaskininkan setiap masa bagi pengetahuan umum untuk semua pelanggan internet yang berminat menjadi ahli PD Kg Tersusun.
Adalah menjadi harapan bagiblog ini agar semua ahli sentiasa memberi kerjasama dan memeriahkan lagi suasana penggunaan PD Kg Tersusun disamping mengaktifkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan.
Saya sebagai wakil PD KgTersusun mengucapkan ribuan terima kasih kepasda semua pengguna yang telah melayari blog ini dan seterusnya rasa gembira dan bangga kepada semua masyarakat setempat kerana banyak memberi kerjasama pada pihak PD Kg Tersusun.

Sekian Terima Kasih

Zawati zabri
Pembantu pustakawan S19


PD Kampung Tersusun