Sunday, August 14, 2016

LATAR BELAKANG


LATAR BELAKANG PD KAMPUNG TERSUSUN






Perpustakaan Desa Kampung Tersusun terletak di dalam kawasan perkampungan yang berdekatan dengan pekan Padang Besar.Bangunan ini mula dibina pada tahun 2007.Perpustakaan ini terletak bersebelahan dengan taman mainan dan berhadapan dengan dewan orang ramai.Segala kelengkapan seperti bahan bcaan buku,bahan rujukan,surat khabar,majalah dan penggunaan internet dengan percuma disediakan kepada pengguna


PEMBUKAAN RASMI

Pembukaan mula beroperasi pada 3 julai 2007 dan tarikh rasmi ialah padaa 29 Julai 2007 bersamaan 14 Rejab 1428H yang telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Shahidan Bin Kassim menteri besar pada ketika itu.


LATAR BELAKANG LOKASI

Kampung Tersusun adalah sebuah kampung kecil yang berhampiran dengan pekan Padang  Besar Utara Perlis yang bersempadan dengan Negara Thailand lebih kurang 4 kilometer perjalanan.Kampungnya terbentuk terancang seperti tanah Rancangan Felda.Kepadatan penduduknya tidak terlalu ramai, kebanyakan berasal dari kampung berhampiran sahaja dan dari Negara Thailand kerana berpindah setelah berkahwin dengan penduduk disini.




No comments:

Post a Comment