Sunday, August 21, 2016

RUANG DALAM PD



                                                          RUANG BACAAN DEWASA

 
                                                          CARTA ORGANISASI PD
 
                                                  RAK BAHAN BACAAN MAJALAH
 
                                        RAK HASIL KRAFTANGAN AKTIVITI PENGGUNA
                                   RUANG UTAMA KAUNTER PENDAFTARAN AHLI
                  RUANG UTAMA UNTUK MEMBACA MAJALAH DAN SURAT KHABAR

TEMPAT MENARIK DI SEKITAR...


Antara tempat-tempat menarik yang ada berhampiran Kg Tersusun seperti pusat taman reakrasi Burung Unta,aked niaga Padang Besar,Pejabat Haiwan veterinar.


TAMAN REAKRASI BURUNG UNTA
 
Taman burung unta amat popular bagi negeri Perlis kerana ia merupakan tapak pelacongan kepada pelawat dari semua tempat sebelum mereka sampai ke Padang Besar.Mereka dapat melihat habitat burung unta yang ada di sini.

Kawasan aked Padang Besar merupakan pusat pealncongan utama negeri Perlis kerana ia merupakan gedung perniagaan yang menjalankan pelbagai jualan termasuklah pakaian wanita,pakaian lelaki,kanak-kanak,peralatan dapur,makanan ringan,alat solek,permainan kanak-kanak,buah-buahan dan banyak lagi.Malah di sini sangat terkenal dengan makanan seperti tomyam,somtam,kotew sup dan pulut ayam yang menjadi pilihan orang luar.

                                                       AKED NIAGA PADANG BESAR

PEJABAT HAIWAN BATU 20 PUSAT VETERINA
Pejabat haiwan Padang Besar ini menjadi pusat penjagaan haiwan ternakan seperti lembu,kambing,rusa,burung unta,kuda dan sebagainya.Pihak mereka merupakan jabatan yang memelihara haiwan yang melibatkan semua aspek.


Berhampiran PD Kg Tersusun juga terdapat pusat pengajian tinggi iaitu UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS dan WISMA MAIP PERLIS.Kebanyakan penuntuk yang ada dating dari pelbagai negeri di dalam Malaysia malah pelajar dari luar Negara juga banyak yang menuntut di sini.
       UNIVERSITI MALAYSIA UTARA




Sunday, August 14, 2016

JADUAL WAKTU PERKHIDMATAN

JADUAL PERKHIDMATAN PD


1)    Waktu Perkhidmatan  : Isnin hingga Khamis
  9.00 pagi - 6.00petang

  Jumaat
  9.00pagi - 12.00Tengahari
  2.45petang - 6.00petang

  (Sabtu minggu ke 2 dan minggu ke 4)
  9.00 pagi hingga 6.00petang

  Ahad dan Cuti Umum : TUTUP

LATAR BELAKANG


LATAR BELAKANG PD KAMPUNG TERSUSUN






Perpustakaan Desa Kampung Tersusun terletak di dalam kawasan perkampungan yang berdekatan dengan pekan Padang Besar.Bangunan ini mula dibina pada tahun 2007.Perpustakaan ini terletak bersebelahan dengan taman mainan dan berhadapan dengan dewan orang ramai.Segala kelengkapan seperti bahan bcaan buku,bahan rujukan,surat khabar,majalah dan penggunaan internet dengan percuma disediakan kepada pengguna


PEMBUKAAN RASMI

Pembukaan mula beroperasi pada 3 julai 2007 dan tarikh rasmi ialah padaa 29 Julai 2007 bersamaan 14 Rejab 1428H yang telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Shahidan Bin Kassim menteri besar pada ketika itu.


LATAR BELAKANG LOKASI

Kampung Tersusun adalah sebuah kampung kecil yang berhampiran dengan pekan Padang  Besar Utara Perlis yang bersempadan dengan Negara Thailand lebih kurang 4 kilometer perjalanan.Kampungnya terbentuk terancang seperti tanah Rancangan Felda.Kepadatan penduduknya tidak terlalu ramai, kebanyakan berasal dari kampung berhampiran sahaja dan dari Negara Thailand kerana berpindah setelah berkahwin dengan penduduk disini.




KATA ALUAN


KATA ALUAN

Assalamualaikum WBT.

Blog ini di bina bertujuan sebagai tempat atau saluran yang betul bagi memaparkan segala aktiviti-aktiviti mahupun program yang sentiasa diadakan di PD Kg Tersusun.
Blog PD Kg Tersusun ini akan sentiasa dikemaskininkan setiap masa bagi pengetahuan umum untuk semua pelanggan internet yang berminat menjadi ahli PD Kg Tersusun.
Adalah menjadi harapan bagiblog ini agar semua ahli sentiasa memberi kerjasama dan memeriahkan lagi suasana penggunaan PD Kg Tersusun disamping mengaktifkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan.
Saya sebagai wakil PD KgTersusun mengucapkan ribuan terima kasih kepasda semua pengguna yang telah melayari blog ini dan seterusnya rasa gembira dan bangga kepada semua masyarakat setempat kerana banyak memberi kerjasama pada pihak PD Kg Tersusun.

Sekian Terima Kasih

Zawati zabri
Pembantu pustakawan S19


PD Kampung Tersusun